Sabtu, 14 Julai 2012

SATU PERSPEKTIF ANALISIS KRITIS

Penulis: Adnan Ahmad
PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG

DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT: PROSEDUR PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA.
PENDAHULUAN


Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Di dalam sistem pemerintahan Negera Malaysia, Parlimen memiliki kuasa untuk menggubal undang-undang. Oleh itu Dewan Perundangan Persekutuan ialah Parlimen. Kuasa Perundangan ini diberikan mengikut Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Kedua-dua Majlis Parlimen memainkan peranan yang penting dalam proses perundangan.

Di Malaysia sesuatu Rang Undang-undang boleh dikuatkuasakan setelah melalui satu prosedur penggubalan undang-undang. Tugas menggubal undang-undang yang terletak pada badan perundangan meliputi tugas untuk meminda perlembagaan, meluluskan undang-undang baru, memansuhkan undang-undang lama dan baru serta mengesahkan undang-undang yang sedang berjalan. Kesemua proses ini berlaku dalam badan perundangan mengikut prosedur perundangan yang ditetapkan dimana Yang di-Pertuan Agong akan memperkenankan Rang-Undang-undang tersebut setelah dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara . Sebagai peraturan umum, Parlimen berkuasa untuk membuat undang-undang bagi keseluruhan Persekutuan atau mana-mana bahagian. Parlimen Persekutuan mempunyai kuasa perundangan ke atas kebanyakan perkara penting seperti kewangan, perdagangan dan perusahaan, pendidikan, pertahanan dan hal ehwal luar.

DEWAN NEGARA

Dewan Negara adalah komponen kedua dalam Parlimen Malaysia. Ia adalah Majlis Tertinggi atau Senat. Dewan Negara adalah perlu bagi membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih halus dan terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 45, keanggotaan ahli Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Ahli Dewan Negara juga dipanggil Senator.

Keanggotaan Dewan Negara

Dewan Negara terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
• 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
• 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
• warganegara Malaysia
• tidak kurang dari 30 tahun
• waras fikiran
• bukan seorang muflis
• tidak mempunyai rekod jenayah

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan. Parlimen boleh dengan undang-undang; menambah bilangan ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu negeri hingga tiga orang. Membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu negeri dipilih dengan undi terus oleh pemilih-pemilih negeri. Selain itu boleh mengurangkan bilangan ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik.

Seseorang ahli Dewan Negara boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan menulis surat kepada Yang di-Pertua Dewan Negara. Sekiranya seseorang ahli tidak hadir di dalam tiap-tiap mesyuarat dewan negara selama enam bulan dengan tidak mendapat izin Dewan Negara maka Dewan mengistiharkan tempat ahli terebut sebagai kosong.Jika ahli tidak hadir di dalam tempuh tiga bulan selepas dipilih, maka terhentilah beliau daripada menjadi ahli. Jika berlaku kekosongan, ia hendaklah diisi mengikut syarat-syarat yang terkandung di bawah Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua Dewan Negara. Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang Timbalan yang hendaklah juga seorang ahli Dewan Negara. Tugas-tugas Yang di-Pertua Dewan Negara adalah seperti bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin; memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan; dan membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan. Yang di-Pertua Dewan Negara yang pertama ialah YB Dato' Haji Abdul Rahman b.Mohamed Yassin dari 11.09.1959 - 31.12.1969 dan Yang di-Pertua Dewan Negara sekarang ialah YB Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang.

Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua melepaskan jawatan setelah tempoh keahlian di Dewan Negara tamat. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara membantu dan mempengerusikan persidangan semasa ketiadaan Yang di-Pertua Dewan Negara. Dewan Negara juga mempunyai seorang setiausaha yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Setiausaha Dewan Negara bertanggungjawab memantau perjalanan persidangan di Dewan Negara dan juga membantu dan memberi nasihat kepada Yang di-Pertua Dewan Negara ketika Dewan bersidang.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri sekiranya ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara. Sekiranya Yang di-Pertua dan Timbalan Dipertua tidak hadir dalam persidangan Dewan Negara, maka tugas Yang di-Pertua bolehlah dilaksanakan oleh seorang ahli Dewan yang lain yang dipilih mengikut peraturan Dewan Negara.

Selain daripada Yang di-Pertua Dewan, Timbalan dan Setiausaha, Dewan Negara juga telah menubuhkan beberapa jawatankusa untuk melicinkan pentadbiran dan perjalanan persidangan Dewan Negara. Di antara Jawatankuasa yang diwujudklan ialah seperti Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara, Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Negara, Jawatankuasa Dewan, Dewan Negara dan jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara. Setiap ahli jawatankuasa adalah dilantik dikalangan ahli dewan.

Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara

Jawatankuasa Pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat. Jawatankuasa Pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa. Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis. Jawatankuasa Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata. Jawatankuasa Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat demikian.

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Negara

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap Parlimen dimulakan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis yang berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan. Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian.
Sekiranya seseorang pemberitahu usul mengandungi apa-apa cadangan untuk meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan lain-lain masalah kepada mesyuarat. Usul yang telah dicadangkan ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.

Jawatankuasa Dewan, Dewan Negara

Jawatankuasa Dewan terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen dengan seberapa segera. Jawatankuasa ini bertugas sebagai penasihat kepada Tuan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi ahli Majlis. Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika diberi kuasa oleh Majlis untuk berbuat demikian. Setiap minit mesyuarat Jawatankuasa Dewan akan dihantar kepada semua ahli Majlis.Jawatankuasa ini diberi kuasa bersidang atau bermesyuarat sebagai Jawatankuasa Bersama dengan Majlis Dewan Negara.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis. Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua dan jika tidak, dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan majlis. Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, ia bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu. Jawatankuasa ini berkuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari masa ke semasa.

Mengikut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepda Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimana pun Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menangguhkan sesuatu Rang Undang-undang sebagaimana tercatat di bawah perkara-perkara tersebut ;

1. Jika sesuatu “Rang Undang-undang Wang” diluluskan oleh Dewan Rakyat dan setelah dihantar kepada Dewan Negara sekurang-kurangya sebulan sebelum akhir penggal Parlimen, Rang Undang-undang itu tidak diluluskan oleh Dewan Negara dengan tiada pindaan dalam tempoh sebulan, maka Rang Undang-undang itu hendaklah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk persetujuan baginda, melainkan jika selainnya diarahkan oleh Dewan Rakyat.
2. Jika ;
a. sesuatu Rang Undang-undang yang bukan suatu Rang Undang-undang Wang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat, dan setelah dihantar kepada Dewan Negara sekurang-kurangnya sebulan sebelum akhir Parlimen, Rang Undang-undang itu tidak diluluskan oleh Dewan Negara dengan pindaan-pindaan yang tidak dipersetujui oleh Dewan Rakyat ; dan
b. dalam penggal yang berikutnya (sama ada penggal Parlimen itu juga atau tidak), tetapi dalam tempoh kurang daripada setahun selepas ia mula-mula diluluskan oleh Dewan Rakyat, Rang Undang-undang yang tiada perubahan selaras daripada yang tersebut dalam Fasal (3) diluluskan sekali lagi oleh Dewan Rakyat dan dihantar kepada Dewan Negara sekurang-kurangnya sebulan sebelum akhir penggal Parlimen dan tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat, maka Rang Undang-undang hendaklah , melainkan jika selainnya diarahkan oleh Dewan Rakyat, diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk persetujuan baginda dengan apa-apa pindaan jika ada yang dipersetujui oleh kedua-dua majlis Parlimen.

Kesimpulannya Dewan Negara merupakan satu komponen yang amat penting di dalam proses perundangan negara. Kuasa Dewan Negara merupakan dewan pengulangkaji supaya memberi kerajaan, pandangan kedua tentang kegiatan perundangan. Perlantikan ahli Dewan dikalangan profesional dalam pelbagai bidang akan meningkatkan kewibawaan dewan. Walau pun lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong lebih berpihak kepada kerajaan persekutuan, ini adalah untuk menjaga kepentingan kerajaan pusat.


DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat adalah komponen ketiga dalam Parlimen Malaysia. Ia merupakan satu majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil rakyat mereka. Kesemua Ahli Dewan Rakyat dipilih menerusi Piliharaya. Setiap ahli akan mewakili satu kawasan pilihanraya iaitu kawasan pilhanraya Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat tidak boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat atau menjadi ahli Dewan Negara dan ahli Dewan Rakyat dalam tempoh atau yang sama, atau menjadi Ahli Dewan Negara mewakili dua negeri atau menjadi ahli Dewan Negara secara perlantikan dan pilihan di dalm negeri di dalam tempoh waktu yang sama.

Keanggotaan Dewan Rakyat

Mengikut Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, keanggota Dewan Rakyat adalah seperti berikut ;

1. Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada dua ratus dua puluh dua orang ahli dipilih.
2. Maka hendaklah ada ;
(a) dua ratus sembilan orang ahli dari negeri-negeri di Malysia seperti berikut ;
i. dua puluh enam orang ahli dari Johor
ii. lima belas orang ahli dari Kedah
iii. empat belas orang ahli dari Kelantan
iv. enam orang ahli dai Melaka
v. lapan orang ahli dari Negeri Sembilan
vi. empat belas orang ahli dari Pahang
vii. tiga belas orang ahli dari Pulau Pinang
viii. dua puluh empat orang ahli dari Perak
ix. tiga orang ahli dari Perlis
x. dua puluh lima orang ahli dari Sabah
xi. tiga puluh satu orang ahli dari Sarawak
xii. dua puluh dua orang ahli dari Selangor dan
xiii. lapan orang ahli dari Terengganu

(b) tiga belas orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan PutraJaya seperti yang berikut ;
i. sebelas orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
ii. seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan
iii. seorang ahli dari Wilayah persekutuan Putrajaya

Kelayakan Menjadi Ahli Parlimen

Setiap warga negara yang bermastautin di Persekutuan Malaysa adalah layak menjadi ahli Dewan Rakyat, jika beliau berumur tidak kurang daripada 21 tahun, melainkan seeorang itu hilang kelayakan menjadi ahli menurut perlembagaan itu atau mengikut mana-mana undang-undang yang dibuat mengikut di bawah Perkara 48.
Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen dibubarkan, tetapi mereka boleh berhenti dengan menulis surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Seseorang ahli Dewan Rakyat dianggap berhenti dari ahli jika beliau hilang kelayakan mengikut Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan, seperti berikut ;

1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perkara ini, seseorang adalah hilang kelayakan menjadi mana-mana majlis Parlimen jika ;
a. dia adalah dan telah didapati atau disytiharkan tidak sempurna akal
b. dia seoarang bangkrap/muflis yang belum dilepaskan atau,
c. dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan atau,
d. setelah dinamakan untuk pilhanraya bagi mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Negeri, atau setelah bertugas sebagi ejen pilihanraya bagi seseorang yang dinamakan demikian ia tidak menghantar apa-apa perbelanjaan piliharaya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa mengikut cara yang dikendaki atau,
e. dia telah disabitkan atas sesuatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang terkandung dalam sesuatu negeri Sabah dan Sarawak atau di Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas atau ,
f. dia telah sengaja memperolehi kewarganegaraan mana-mana negari luar Persekutuan, atau telah dengan sengaja menggunakan hak kewarganegaran di suatu negeri asing atau telah membuat seuatu akuan taat setia kepada mana-mana negeri luar Persekutuan.

Seseorang ahli Dewan Rakyat boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Jika seserang ahli Parlimen tidak hadir pada tiap-tiap persidangan majlis selama tempoh enam bulan dengan tiada kebenaran majlis maka majlis bolehlah mengistiharkan kerusinya kosong. Seseorang ahli mana-mana Majlis Parlimen yang telah diberi kebenaran tidak hadir dalam persidangan Majlis Parlimen yang ianya menjadi ahli maka ahli itu tidaklah boleh selama tempoh kebenaran itu menyertai dengan apa jua cara, hal ehwal dan urusan majlis berkenaan.

Setiap ahli Dewan Rakyat akan mengangkat sumpah taat setia kepada negera ini dan juga perlembagaannya sebelum mengambil tempatnya di Parlimen. Sebelum mengangkat sumpah, seseorang ahli Dewan Rakyat layak mengambil bahagian dalam pemilihan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih sama ada di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat atau pun seorang yang lain yang layak dipilih. Jika Yang di-Pertua itu dipilih daripada orang yang bukan ahli Dewan Rakyat maka beliau adalah dianggap sebagi ahli tambahan Dewan. Namun demikian, beliau tidak layak dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri-menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen. Beliau juga tidak boleh mengundi bagi sebarang perbahasan di dalam Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli parlimen tetapi timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain. Mereka berperanan besar mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, Yang di-Pertua turut bertanggungjawab memastikan keadaan tenteram di parlimen selain berusaha sebaik mungkin utuk melicinkan perjalanan persidangan. Yang di-Pertua boleh bila-bila masa boleh meletakan jawatannya melalui suratnya yang ditanda tangani sendiri dan ditunjukkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat. Dalam masa kekosongan jawatan Yang di-Pertua atau ketidakhadirannya dalam mana-mana persidangan maka seorang Timbalan Yang di-Pertua boleh menjalankan tugas. Jika kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua tidak hadir atau kedua-dua jawatan itu kosong, maka seorang ahli dewan lain boleh dicadangkan sebagai Yang di-Pertua ditentukan oleh kaedah-kaedah Dewan Rakyat.

Jawatankuasa Dewan, Dewan Rakyat

Jawatankuasa Dewan terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen dengan seberapa segera. Jawatankuasa ini bertugas sebagai penasihat kepada Tuan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi ahli Majlis. Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika diberi kuasa oleh Majlis untuk berbuat demikian.Setiap minit mesyuarat Jawatankuasa Dewan akan dihantar kepada semua ahli Majlis. Jawatankuasa ini diberi kuasa bersidang atau bermesyuarat sebagai Jawatankuasa Bersama dengan Majlis Dewan Negara.

Jawatankuasa Peraturan Mesuarat Dewan Rakyat

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap Parlimen dimulakan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis yang berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan. Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian. Sekiranya seseorang pemberitahu usul mengandungi apa-apa cadangan untuk meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan lain-lain masalah kepada mesyuarat. Usul yang telah dicadangkan ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis. Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua dan jika tidak, dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan majlis. Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, ia bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu. Jawatankuasa ini berkuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari masa ke semasa

Jawatankuasa Kira-kira wang Negara

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan Naib-Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis. Tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen kerana memeriksa: Kira-kira Kerajaan Malaysia dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri; Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis;
Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan; Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.

Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib-Pengerusi yang disebabkan oleh keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa itu. Seseorang ahli Majlis tidak boleh dilantik, memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara semasa dia menjadi seorang menteri. Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang untuk hadir dihadapannya atau meminta mengeluarkan surat-surat, rekod-rekod dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari satu masa ke satu masa.

PERSIDANGAN DEWAN

Parlimen akan bersidang apabila dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong. Ia tidak boleh dibiarkan selama enam bulan berselang di antara mesyuarat akhir bagi satu penggal dengan mesyuarat bagi penggal yang akan datang. Parlimen akan kekal untuk lima tahun daripada nya yang pertama. Apabila genap lima tahun, Parlimen akan bubar dengan sendirinya melainkan sebelum cukup tempuh ia dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Setelah Parlimen dibubarkan , pilihanraya umum akan diadakan dal tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran bagi Semenanjung dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Parlimen hendaklah dipanggil bersidang tidak lewat 120 hari selepas tarikh pembubarannya.
Semua mesyuarat Parlimen disusun di dalam satu kalendar yang dinamakan Takwim Parlimen. Kalendar ini dibahagikan kepada lima penggal dan setiap penggal mengambil masa selama satu tahun. Parlimen tidak bersidang di sepanjang penggal tetapi mengadakan mesyuarat sebanyak tiga atau empat kali dalm satu penggal. Setiap satu mesyuarat mengambil masa selama dua minggu bagi Dewan Rakyat manakala Dewan Negara pula memakan masa selama satu minggu kecuali mesyuarat belanjawan yang mengambil mnasa selama lima atau enam minggu.

KEISTIMEWAAN PARLIMEN

Mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen mempunyai keistimewaan-keistimewaan seperti berikut : -

1. Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
2. Tiada seoarang pun boleh kena dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang dikatakan apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam apa-apa perjalanan mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.
3. Tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang disiarkan atau di bawah mana-mana Majlis Parlimen.
4. Fasal (2) tidak boleh dipakai bagi seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan Parlimen di bawah Perkara 10 (4) atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan, 1948 mengikut sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No.45 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1970.

Kesimpulannya peranan rakyat amat penting dimana memilih wakil-wakil meraka di dalam Dewan Rakyat . Wakil-wakil Rakyat yang dipilih melalui Piliharaya Umum membawa hasrat dan cita-cita rakyat melalui pandangan dan mengkaji setiap aspek perundangan negara. Dewan Rakyat menyediakan satu ruang forum bagi membincangkan Isu-isu awam yang dibentangkan selain daripada mempersoalkan dasar-dasar kerajaan dan penggubalan undang-undang.

PROSEDUR PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Definisi Undang-undang


Undang-undang adalah sesuatu yang berpengaruh dan menjadi keutamaan dalam sesebuah negara. Ia adalah bukti sebagai kuasa dan kewibawaan negera itu. Undang-undang mempunyai pengertian yang luas dan sukar ditafsirkan. Ianya bukan sesuatu objek yang nyata. Kadang-kadang undang-undang bererti sebuah buku yang mengandungi peraturan-peraturan atau kumpulan norma-norma. Definisi undang-undang mengikut fungsional dan praktiknya. Pertama , undang-undang merupakan peraturan umum atau awam untuk tingkah laku seseorang ahli dalam sesuatu masyarakat yang tertentu, kedua undang-undang adalah punca dari orang-orang yang mempunyai atau memegang kewibawaan, ketiga undang-undang mestilah diluluskan oleh orang yang memegang kewibawaan itu sendiri, dan keempat undang-undang adalah diperkuatkuasakan. Sesiapa yang menyelewengkan akan diambil tindakan yang berdasarkan kepada undang-undang tersebut.

Dalam Buku Asas Sains Politik oleh K. Ramanathan Kalimuthu, menurut Green, seorang ahli falsafah , ‘law is the system of obligation which the state enforce’ . Pound pula berpendapat bahawa undang-undang adalah satu badan prinsip yang diterima oleh rakyat jelata dan mempunyai dewan atau badan kehakiman untuk menguatkuasakan undang-undang itu. Menurut Steven M. Giflis pula , undang-undang merupakan satu badan pembuat undang-undang yang mengeluarkan peraturan yang mana ia mestilah dapat mengawal setiap tingkahlaku seseorang atau masyarakat. Lain pula menurut L.B Cuzon, undang-undang merupakan badan-badan peraturan yang bertulis atau tidak bertulis, berpandukan kepada adat dan pemerintahan yang sah dan diakui oleh rakyat dan badan-badan yang menyusun masyarakat dalam sesebuah negara.

Dalam Perkara 160(2) Perlembagaaan Persekutuan tafsiran “undang-undang” adalah seperti berikut ;-

“ undang-undang” termasuklah undang-undang bertulis, common law setakat mana ianya berkuatkuasa dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, dan apa-apa adat atau kelaziman yang mempunyai kuasa-kuasa undang-undang dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya”

Undang-undang di Malaysia

Dalam buku Sistem Perundangan Malaysia oleh Wu Min Aun, menyatakan bahawa undang-undang di Malaysia berpunca dari tiga sumber. Pertama, sumber sejarah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan undang-undang contohnya faktor-faktor yang telah mempengaruhi perkembangan undang-undang ialah amalan dan fahaman agama, adat resam setempat dan pendapat-pendapat ahli falsafah undang-undang.Kedua, undang-undang boleh didapati, misalnya di dalam sesuatu status, laporan undang-undang, buku-buku teks dan keputusan mahkamah. Ketiga , ia merujuk kepada sumber undang-undang, iaitu peraturan yang menjadikannya undang-undang.

Undang-undang di Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Undang-undang bertulis ialah undang-undang yang terdapat di dalam perlembagaan-perlembagaan Persekutuan dan Negeri di dalam sesuatu kanun dan statut seperti perlembagaaan yang diluluskan oleh Dewan Negara dan Eksekutif. Undang-undang tidak bertulis tidak dibuat di dalam Parlimen. Undang-undang tidak bertulis terdapat juga di dalam kes-kes yang dibicarakan di dalam mahkamah-mahkamah, adat-adat setempat dan sebagainya.

Sebelum kedatangan orang Eropah, undang-undang di Tanah Melayu lebih kepada undang-undang adat yang pelbagai. Undang-undang adat Melayu yang diguna pakai menunjukkan terdapat pengaruh Islam dan Hindu di Tanah Melayu. Disebabkan pengaruh ini, masyarakat Melayu terbahagi kepada dua iaitu masyarakat patrilineal (mengikut Adat Temenggung) dan matrilineal (mengikut Adat Perpatih). Undang-undang Adat Temenggung dipraktikkan pada zaman Kesultanan Melaka apabila terdapat Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

Dua penjajah awal yang sampai ke Tanah Melayu iaitu Portugis dan Belanda tidak melaksanakan undang-undang yang khusus yang wajib dilaksanakan oleh masyarakat jajahannnya. Hanya selepas kedatangan Inggeris, undang-undang yang tersusun telah diperkenalkan di Tanah Melayu hingga ke hari ini. Sejarah undang-undang moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila Majlis negeri Perak bermesyuarat buat pertama kali membincangkan isu undang-undang Persekutuan. Fungsi majlis ini bukan sahaja sebagai badan penasihat tetapi kemudiannya meluas membincangkan isu-isu perundangan dan pentadbiran. Pada tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu di tubuhkan dengan membentuk perlembagaan di bawah Perjanjian Negeri dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Ia berlanjutan hingga Tanah Melayu merdeka. Selepas merdeka, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah dibatalkan. Raja-raja Melayu dan Persuruhjaya Tinggi British telah membentuk Ordinan Perlembangaan Persekutuan 1957 dengan membuat beberapa pindaan Perlembangaaan Negeri mengilkut negeri-negeri yang terdapat di Tanah Melayu. Pada 1963, apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia beberapa pindaan telah dibuat termasuk menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia . Namun pada perkara-perkara lain Perlembagaan 1957 kekal hingga digunakan sehingga ke hari ini.

Siapakah yang sebenarnya yang membuat undang-undang

Perundangan bermakna segala undang-undang yang diluluskan oleh sesuatu badan yang ditubuhkan bagi tujuan ini. Di Malaysia, perundangan dilaksanakan oleh Parlimen pada peringkat Persekutuan dan oleh Dewan Negeri bagi negeri-negeri masing-masing.Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen disebut sebagai Akta, tetapi yang diperbuat selepas Malayan Union dalam tahun 1946 hingga merdeka dalam tahun 1957, dinamakan Ordinan. Sementara itu, undang-undang yang diperbuat di negeri-negeri dinamakan Enekmen, termasuk yang diperbuat oleh negeri-negeri Tanah Melayu sebelum merdeka. Sabah dan Sarawak terkecuali, iaitu undang-undangnya dinamakan Ordinan.

Umum mengetahui di Malaysia, Parlimen memiliki kuasa untuk menggubal undang-undang. Perlembaaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi yang memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang Persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong, dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perlembangaan Persekutuan mencatat dengan jelas akan perkara-perkara di mana Parlimen dan Dewan Undangan Negeri secara bersama boleh menggubal undang-undang seperti yang dinyatakan dalam Perkara 74 perlembangaan tersebut.

Rang Undang-Undang

Prosedur menggubal dan meluluskan Rang Undang-undang bergantung pada struktur badan perundangan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang termaktub dalam perlembangaan Persekutuan dan Negeri. Rang undang-undnang amat penting dalam membuat undang-undang. Ia merupakan draf tentang cadangan undang-undang baru atau pindaan kepada yang sedia ada yang dikemukakan atau dibentangkan oleh sesebuah dewan perundangan.
Rang Undang-undang boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Rang Undang-undang Persendirian ( Private Bill ), Rang Undang-undang Awam atau Kerajaan ( Public goverment Bill ) dan Rang Undang-undang Kacukan atau hibrid ( Hybrid Bill ). Rang Undang-undang jenis pertama digelar persendirian kerana tujuan asas rang undang-undang tersebut adalah untuk menjaga kepentingan sesuatu kumpulan, syarikat perniagaan, oraang persendirian, persatuan dan puak-puak lain yang mempunyai kepentingan terhadap rang undang-undnag tersebut. Rang Undang-undang Kerajaan pula biasanya ditaja dan diperkenalkan oleh Menteri Kabinet ,atau pun diperkenalkan bagi pihak kerajaan oleh salah seorang anggota dewan perundangan parti kerajaan. Rang Undang-undang jenis ini biasanya melibatkan kepentingan sejumlah besar rakyat jelata untuk diperkuatkuasakan oleh badan pentadbiran awam.

Rang Undang-undang yang disebut kacukan (hibrid) pula sebenarnya ialah rang undang-undang awam yang diperkenalkan sama ada oleh anggota kerajaan atau orang perseorangan. Bagaimana pun, apa yang membezakan ia daripada rang undang-undang awam atau kerajaan ialah keadaan rang undang-undang tersebut yang melibatkan kepentingan khusus orang perseorangan atau badan-badan koporat tertentu. Ia juga berbeza dengan undang-undang persendiriasn kerana rang undang-undang hibrid meliputi bidang yang lebih khusus, yakni diwujudkan kepada kumpulan yang kecil.

Prosedur Penggubalan Undang-undang

Penggubalan undang-undang bukanlah bertujuan untuk melindungi individu atau kelompok tertentu sahaja. Tujuan dan matlamat penggubalan undang-undang adalah untuk mengwujudkan kestabilan dan keamanan dalam negara. Selain itu, untuk melengkapkan peranan dan tanggungjawab masyarakat. Yang paling penting memastikan individu itu dilindungi haknya. Penggubalan undang-undang juga dapat meningkatkan kualiti kehidupan ke arah perpaduan dan akhir sekali ia tidak berlaku konspirasi untuk mempengaruhi pemikiran individu dan kumpulan tertentu. Menganjurkan penggubalan undang-undang negara adalah satu daripada tugas Peguam Negara. Bagi menjalankan tugas ini ada ditubuhkan dalam Jabatan Peguam Negara satu bahagian yang dinamakan Bahagian Penggubalan yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai undang-undang yang berpengalaman dalam bidang menggubal undang-undang.

Trend atau arah aliran penggubalan undang-undang di zaman kini dalam negara-negara lain daripada United Kingdom ialah menggubal dengan cara yang mudah difahami oleh orang awam. Jadi, ahli penggubal undang-undang hendaklah menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh orang awam yang bukan peguam. Pendek kata pada keseluruhannya di negara-negara di Eropah seperti Perancis, Jerman dan Sweden penggubalan dibuat oleh bukannya pakar penggubalan tetapi pakar dalam bidang yang berkenaan. Misalnya, undang-undang mengenai kesihatan digubal oleh para doktor dalam kementerian Kesihatan dan undang-undang berkenaan dadah digubal oleh pakar dadah dari jabatan Narkotik.

PROSES PERUNDANGAN

Peraturan perundangan di Parlimen diperuntukkan pada bahagian IV dan Bab V Perlembagaan Persekutuan berserta Perintah Tetap (Aturan Parlimen) bagi kedua Dewan Perundangan, yang kemudian ini menentukan peraturan sebenar sewaktu sesuatu Rang Undang-undang disalurkan di dalam Parlimen. Peraturan ini telah disusun mengikut kuasa yang diperuntukan mengikut Perkara 62 Perlembagaan yang memberi kuasa bagi tiap-tiap Dewan untuk menentukan peraturannya sendiri.

Sesuatu Rang Undang-undang lazimnya dibentangkan di Parlimen oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi portfolio yang berkenaan. Rang undang-undang ini, dengan pengecualian tertentu, bolehlah pada mulanya dibentangkan di mana-mana dewan. Sekiranya ia diluluskan selepas perbahasan dan undian di dalam dewan tempat asalnya, ia akan dibentangkan kepada dewan yang lain. Apabila setelah diluluskan oleh kedua-dua Dewan, maka barulah disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menerima Perkenan Diraja. Perkara ini dilaksanakan oleh Baginda dengan menurunkan mohor besar dan selepas itu Akta tersebut diwartakan. Sesuatu Rang undang-undang menjadi undang-undang ketika menerima pekenan Diraja, tetapi ”tiada sesuatu undang-undang yang boleh berkuatkusa sehingga telah disiarkan.” Pada menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan atau di bawah Undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri.

Tiap-tiap rang undang-undang yang diluluskan oleh sesebuah Dewan Parlimen itu melalui empat tahap iaitu melalui Bacaan Yang Pertama, Bacaan Yang Kedua, Perbincangan Dalam Jawatankuasa ; dan keempat Bacaan Yang Ketiga. Sebagai langkah awal, dasar-dasar berhubung dengan Rang Undang-undang itu di rangka oleh Menteri dengan bantuan pegawai-pegawai kementeriannya dan nasihat Jabatan Peguam Negara. Menteri akan juga memperolehi pandangan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan. Menteri seterusnya memperolehi kelulusan Kabinet bagi dasar-dasar Rang Undang-undang. Sekiranya diluluskan oleh Kabinet, draf undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama kementerian dan Penasihat Undang-undangnya. Pandangan agensi-agensi Kerajaan yang lain yang berkenaan juga diperolehi. Menteri seterusnya memperolehi kelulusan Kabinet ke atas draf undang-undang berkenaan. Selepas dipersetujui oleh Kabinet, Menteri akan membuat pembentangan di Dewan.

Seseorang Menteri yang ingin membentangkan sesuatu Rang undang-undang dikehendaki memberi notis kepada Setiausaha Dewan yang berkenaan sebelum membentangkannya. Pada Bacaan Pertama, Menteri berkenaan hanya menyebut tajuk Rang Undang-undang itu seterusnya memberi notis secara lisan bilakah masanya beliau hendak mencadangkan Bacaan Kedua. Perbahasan mahu pun pindaan tidak dibuat pada peringkat ini kerana ini adalah acara formal sahaja.
Pada peringkat seterusnya yang dikenali sebagai Bacaan Kedua adalah peringkat melaksanakannya buat kali pertama. Bacaan Kedua dimulakan dengan usul sedemikian:

“ Tuan Speaker (Tuan Yang di-Pertua), saya memohon untuk mengusulkan supaya suatu Rang Undang-undang bertajuk ......... sekarang ini dibaca bagi kali kedua”.

Tajuk Rang Undang-undang akan dibaca oleh Setiausaha dewan Parlimen setelah usul mencadangkan bacaan ini dipersetujui oleh Dewan. Peringkat kedua ini penting, pada masa inilah dewan akan menyuarakan sokongan dan bangkangan terhadap undang-undang yang dicadangkan itu. Pada ketika usul itu dikemukakan, Rang Undang-undang yang berkenaan telah pun dicetak dan diedarkan kepada semua ahli Dewan. Jika tidak, Rang Undang-undang tersebut tidak dapat dibentangkan. Perbahasan bagi usul ini meliputi prinsip undang-undang itu serta baik buruknya. Pada peringkat ini barulah perbahasan ke atas Rang Undang-undang itu dijalankan.

Pada akhir Bacaan kedua, Rang Undang-undang itu akan diserahkan kepada suatu Jawatankuasa seluruh dewan. Selepas itu Dewan akan serta merta membuat keputusan menubuhkan diri dalam jawatankuasa tentang Rang Undang-undang tersebut Hal ini dinamakan peringkat Jawatankuasa dan tujuannya ialah untuk membolehkan ahli-ahli berkesempatan untuk membincangkan butir-butir tentang Rang Undang-undang itu dan mencadangkan pindaan di dalam suasana yang kurang formal. Apabila perbincangan selesai dalam Jawatankuasa , Menteri yang berkenaan membuat usul lagi supaya melaporkan Rang Undang-undang yang sedang di pertimbangkan itu kepada Dewan. Sekiranya usul ini diterima, Dewan akan bersidang semula dan menamatkan peringkat Jawatankuasa.

Kadangkala Rang Undang-undang tidak pertimbangkan oleh Jawatankuasa seluruh Dewan, tetapi oleh suatu Jawatankuasa Pilihan khas. Jawatankuasa ini adalah jawatankuasa ‘ad hoc’ yang dilantik bagi tujuan tertentu. Bilangan dan ahli yang dicalonkan bagi jawatankuasa ini akan ditentukan oleh suatu Jawatankuasa Pemilihan. Walau bagaimana pun tujuan dan acara di dalam Jawatankuasa Plihan khas ini adalah sama dengan Jawatankuasa seluruh dewan. Apabila seluruh Dewan bersidang kembali, Menteri berkenaan melaporkan bahawa Rang Undang-undang yang berkenaan telah dipertimbagkan dan di terima oleh jawatankuasa dengan atau tanpa pindaan. Selepas itu mengusulkan supaya Rang undang-undang itu dibaca untuk kali ketiga dan diluluskan.Jika usul diterima, Rang undang-undang itu dianggap sudah diluluskan. Usul formalnya ialah seperti berikut;-

“Yang di-Pertua, saya memohon untuk melaporkan bahawa ....... telah dipertimbangkan pada peringkat jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan (atau tanpa) pindaan. Yang Berhormat, saya memohon supaya Rang undang-undang ini sekarang dibaca kali ketiga dan diluluskan”.

Sesudah Rang Undang-undang diterima oleh mana-mana Dewan, lalu diserahkan atau dihantar ke Dewan yang lainnya iaitu Dewan Rakyat atau Dewan Senat untuk dipertimbangkan. Apabila Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan di dewan lain itu mengikut acara yang sama, maka dikembalikan kepada dewan yang asalnya. Misalnya , jika sesuatu rang Undang-undang itu mula-mulanya diluluskan di Dewan Rakyat, maka dikembalikan kepada dewan ini oleh Dewan Negara selepas dipertimbangkan olehnya. Apabila berlaku pindaan, Dewan Rakyat boleh menerima atau menolaknya. Sekiranya pindaan ditolak, Yang di-Pertua boleh terus melantik suatu Jawatankuasa untuk merangka sebab atau sebab-sebab penolakan itu.

Selepas itu ia akan dipersembahkan kepada yang Diperuan Agong untuk kelulusan pekenan baginda. Menurut Perkara 66(4), Yang di-Pertuan Agong hendaklah memperkenankan sesuatu Rang Undang-undang dalam tempuh tiga puluh hari selepas ia dipersembahkan. Sekiranya baginda tidak berbuat demikian, Rang Undang-undang selepas tamat tempoh tersebut seolah-olah ia adalah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sesuatu Rang Undang-undang (Akta Parlimen) tidak akan mula berkuatkuasa sehingga ia diwartakan. Namun demikian, Parlimen mempunyai kuasa untuk menangguhkan kuatkuasa sesuatu undang-undang atau membuat undang-undang yang berkuatkuasa kebelakangan (iaitu berkuatkuasa mulai tarikh yang lebih awal daripada tarikh diwartakan). Hanya selepas ini undang-undang berkenaan dapat dikuatkuasakan serta mencapai tahap Akta Kerajaan.

Tetapi jika dipandang daripada segi rupa dan teori, sesuatu undang-undang itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dengan mengikut nasihat yang dipersetujui oleh kedua-dua Majlis Parlimen. Oleh sebab itulah maka tiap-tiap undang-undang mempunyai ayat permulaanya (enacting clause) seperti berikut:

“MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong – dengan nasihat dan persetujuan Dewan negara dan Dewan rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut:”

Lazimnya sesuatu Rang Undang-undang diluluskan melalui undi majoriti biasa daripada kalangan ahli-ahli yang hadir dan mengundi, tetapi ada beberapa pengecualian tentang peraturan ini, yang paling mustahak ialah pindaan perlembagaan mengikut Perkara 159 Perlembgaan Persekutuan. Mengikut peruntukan ini, sesuatu Rang Undang-undang tidaklah boleh diluluskan di mana-mana Dewan Parlimen melainkan setelah disokong pada bacaan-bacaan kedua dan ketiga dengan bilangan undi yang tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli-ahli dewan yang berkenaan.Perlu diingat di sini bahawa bilangan dua pertiga ialah bagi “jumlah bilangan ahli dewan yang berkenaan” dan bukan mereka yang hadir dan mengundi. Maka dengan itu, oleh kerana kita mempunyai 222 orang ahli Dewan Rakyat, sesuatu Rang Undang-undang perlembagaan akan hanya dianggap lulus jika ia memerlukan 146 undi. Begitu juga Dewan Negara, ia memerlukan sekurang-kurang 46 undi daripada 70 ahli.

Kesimpulannya, undang-undang adalah penting dan perlu ada di dalam sesebuah masyarakat mahupun sesebuah negara. Apabila didapati betapa pentingnya undang-undang tersebut, maka ia dirangka lalu wujudlah undang-undang dalam negeri tersebut. Namun prosedur penggubalan sesuatu Rang Undang-undang itu melalui satu proses yang memakan masa yang panjang, telti dan rigid. Penelitian yang teliti harus dilakukan supaya undang-undang itu adil dan tidak membawa kesan negetif kepada rakyat. Hal ini penting kerana hanya undang-undang yang baik akan melahirkan negara yang maju dan aman damai. Di samping itu, pelaksanaan undang-undang hanya boleh disempurnkan jika ada undang-undang yang mendapat sokongan rakyat.

Tugas menggubal undal-undang yang terletak pada badan perundangan meliputi tugas untuk meminda perlembagaan, meluluskan undang-undang baru, memansuhkan undang-undang lama dan baru serta mengesahkan undang-undang yang sedang berjalan. Kesemua proses ini berlaku dalam badan perundangan mengikut prosedur perundangan yang ditetapkan.

DEWAN PERUNDANGAN DAN PROSEDUR PENGGUBALAN RANG UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA: DARI PERSPEKTIF ANALISIS KRITIS

Sistem Dua Dewan

Kebanyakan perlembagaan moden membahagikan kuasa legislatif kepada dua dewan, iaitu dewan rendah dan dewan tertinggi. Pengalaman yang sama dilaksanakan di Malaysia, dimana segala perundangan negara diluluskan melalui dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat sebelum diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Antara alasan yang penting mengapa ia amat diperlukan adalah untuk memberi perlindungan dari kezaliman sistem satu dewan. Sistem dua dewan akan membuat pemeriksaan terhadap perundangan yang dilaksanakan dengan lebih telti dan adil. Di negara yang mengamalkan sistem persekutuan, ia dapat menyediakan perluang kepada perwakilan dari unit-unit komponen dalam pesekutuan sebagai satu unit. Ahli-ahli yang terdiri dari latar belakang yang berbeza dari kedua dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat akan lebih dihormati dari sokongan awam dan intergriti yang lebih tinggi.

Dua pertiga majoriti

Ahli Dewan Rakyat adalah terdiri daripada yang dipilih menerusi pilhanraya. Apakah siknifikan majoriti dua pertiga dalam Dewan Parlimen di Malaysia. Dari segi peraturan penggubalan Rang-Undang-undang, kelulusan dua pertiga ahli Dewan amat perlu. Dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, kuasa menggubal undang-undang, struktur kerajaan dan kuasa pemerintah berada di tangan rakyat. Di dalam sistem ini, undang-undang digubal oleh rakyat atau wakilnya yang dipilih. Dalam pemilihan pucuk pimpanan dipilih secara jujur supaya satu badan atau parti politik yang dipilih berkeupayaan dapat menguruskan dan mentadbir negara secara bebas ke arah kepentingan negara. Hasrat mereka akan dibahaskan di dalam dewan dan seterusnya melibatkan proses penggubalan undang-undang dan penguatkusaan undang-undang.

Keputusan piliharaya 1969 yang tidak berpihak kepada Kerajaan Perikatan setelah kehilangan Pulau Pinang, Perak dan Kelantan. Begitu juga Kerajaan Perikatan telah hilang dua pertiga majoriti di Parlimen telah memburukkan suasana. Ketidaktentuan keadaan politik semasa akhirnya menyebabkan terjadinya peristiwa 13 Mei 1969. Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008 yang menyaksikan terhakis penguasaan dua pertiga majoriti parti pemerintah, Barisan Nasional telah banyak menimbulkan beberapa ketegangan yang berasaskan kepentingan kaum.

Namun begitu, menurut Bill Clinton di dalam syarahan umum Memorial BC Sekhar, mengatakan ‘bahawa konflik atau percanggahan pendapat berkaitan politik sesuatu negera pelbagai kaum dan agama tidak boleh dipandang sebagai sesuatu yang buruk semata-mata jika diuruskan dengan baik’ (Utusan Malaysia 6 Disember 2008). Kekuatan parti pembangkang juga amat diperlukan di dalam Dewan Rakyat untuk membuat ‘check and balance’ setiap kelulusan Rang Undang-undang dan peruntukan di dalam dewan yang di bentangkan oleh pemerintah.

Keanggotaan Dewan Negara Perkara 45(1)(b)

Menurut peruntukan Perkara 45 (1)(b), seramai empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, pada pendapatnya telah memberi perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan oarng asli. Perlantikan ahli Senat ini adalah diandaikan dan kebiasaannya persetujuan dari pihak pemerintah. Oleh itu lantikan mereka lebih memberi keuntungan dan memihak kepada kerajaan pusat.
Keadaan ini tidak sihat untuk feudelisme seperti dapat disimpulkan apabila melihat kepada jumlah bilangan ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Hal ini tidak selari dengan konsep feudelisme yang ideal kerana kepincangan yang tidak dibaiki, malah sebaliknya menidakkan peranan senator dari tiap-tiap negeri. Bagi kebanyakan peruntukan Perkara 153 (3) yang memerlukan rang undang-undang pindaan perlembagaan sekurang-kurang sokongan dua pertiga. Seandainya hampir semua negeri diperintah oleh kerajaan parti pembangkang pada peringkat persekutuan sekalipun sudah memadai cuma dua negeri yang diperintah oleh kerajaan dari parti pemerintah yang sama dengan parti yang memerintah di Pusat untuk memenuhi syarat dua pertiga ini. Komposisi sebegini sudah tentu berat sebelah dan memihak kepada kerajaan persekutuan serta membuat negeri-negera amat sukar menyekat mana-mana rang undang-undang yang merbahayakan hak dan kepentingan mereka.

Keistimewaan Parlimen

Apakah kewajaran yang diberikan kepada ahli Parlimen yang mempunyai beberapa keistimewaan tertentu ? Adakah kebebasan bercakap dan berbahas di dalam Majlis Parlimen akan dapat meningkat integriti Parlimen ? Ini merupakan beberapa persoalan yang perlu dikupas selepas kita dapat saksikan bagaiman ahli Parlimen berbahas melalui kaca televisyen dan kenyataan yang dikeluarkan melalui media yang banyak meninggalkan kesan yang tidak elok dalam Persidangan Parlimen ke 12.

Di antara keistimewaan yang diberi seperti keesahan apa-apa prosiding tidak boleh di dakwa di mahkamah semasa mengambil bahagian dalam prosiding dimana-mana Majlis Parlimen. Namun begitu ahli dewan tidak boleh mempersoalkan kewujudan perkara-perkara sensitif seperti hak istimewa oarang Melayu, kerakyatan, bahasa Kebangsaan dan kedaulatan raja-raja. Ini akan memberi peluang kepada ahli dewan untuk memperkatakan sesuatu tanpa prajudis yang mungkin boleh menimbulkan kemarahan dan pertentangan pihak yang lain. Penggunaan istilah dan kata-kata yang kesat juga digunakan dengan sewenang-wenang walaupun peraturan dewan boleh mendenda atau menggantung keanggotaan pada beberapa waktu, namun tidak diendahkan.

Berlandaskan situasi ini, kekebalan yang diberikan itu seumpama duri dalam daging atau ‘api dalam sekam’, yang menimbulkan lagi pergeseran antara kaum. Pada Persidangan Parlimen Penggal Pertama, Parlimen ke 12, banyak isu remeh-temeh yang tiada kaitan dengan perbahasan. Banyak unsur provokatif yang menyinggung perasaan dan sentimen perkauman. Walau pun Akta Hasutan 1948 pindaan oleh Ordinan No.45 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1970 yang dikenakan boleh meredakan keadaan, tetapi setakat kini berapa ramaikan Ahli Dewan yang didakwa dengan Akta Hasutan ini. Pada umumnya, rakyat amat jengkel dan meluat dengan gelagat Wakil Rakyat mereka.

Doktrin pengasingan kuasa

Badan Perundangan Persekutuan atau Parlimen mempunyai tiga komponen iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perlu diambil perhatian bahawa doktrin pengasingan kuasa tidak diamalkan sepenuhnya di Malaysia. Umpamanya, Parlimen Malaysia sebagai badan perundangan mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang. Namun demikian, Parlimen juga memberi kuasa kepada Badan Eksekutif (Kabinet atau pihak lain) untuk membuat undang-undang yang disebut sebagai perundangan perwaklian. Berdasarkan konsep pengasingan kuasa adalah satu doktrin tentang kerajaan berperlembagaan yang mengesyorkan pengasingan kuasa dan fungsi kerajaan supaya tidak tertumpu kepada sesuatu individu atau satu lembaga. Ia amat perlu supaya kedudukan kerajaan lebih terjamin dan kukuh.

Mengikut pembahagian kuasa yang ketat, seseorang yang menganggotai badan perundangan ataupun badan pemerintahan yakni kerajaan, tidak boleh menjadi ahli, tidak boleh campur tangan juga tidak boleh mempengaruhi badan yang lain.


Common Law Malaysia

Common Law ialah undang-undang yang ditadbirkan di England . Dalam pada itu timbul soal Common Law Malaysia. Mereka yang mempopularkan istliah ini tidak menerangkan apakah yang mereka maksudkan dengan Common Law Malaysia ini. Penjelasan perlu kerana di sisi undang-undang common law ialah satu istilah yang khusus, yang merujuk kepada undang-undang Inggeris yang dibina dan dikembangkan oleh para hakim. Ertinya common law dalam konteks England iatu ianya ialah satu bentuk undang-undang yang bukan undang-undang status, yakni akta yang diluluskan oleh Parlimen Britain. Di Malaysia istilah common law ini tidak jelas. Di dalam Akta Undang-undang Sivil 1956 common law merujuk kepada common law Inggeris. Sebab itulah usahlah kita menambah kekeliruan dengan menggunakan istilah yang sama meskipun kita tambah dengan Malaysia. Adalah lebih baik dan lebih jelas kalau kita gunakan istilah ‘undang-undang Malaysia’ sahaja.

Memang ada peruntukan dalam perlembagaan yang menunjukan bahawa ada peminjaman atau pengaruh luar di dalam perlembagaan. Namun, semua itu adalah berdasarkan keperluan. Kita tidak menyalin bulat-bulat apa yang kita pinjam. Sebab itulah kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak sama dengan Baginda Ratu di United Kingdom yang mempunyai kuasa putus kepada perlantikan Yang di-Pertuan Agong dan beberapa pindaan perlembagaan tertentu. Begitu juga dengan kedudukan dan peranan Dewan negara yang tidak sama dengan House of Lord di mana mempunyai kuasa yang sama dengan Dewan Rakyat. Ini berlainan dengan hubungan House of Common dan House of Lord dalam konteks Parlimen Britain.

Undang-undang dan politik

Hubungan undang-undang dan politik amat sukar untuk dinafikan. Rakyat boleh memainkan peranan yang penting dalam perkembangan undang-undang. Apa yang rakyat atau orang awam perlu tahu ialah soal falsafah dan dasar undang-undang itu. Piliharaya dan hak mengundi diadakan adalah merupakan satu bentuk kuasa masyarakat untuk menggubal undang-undang. Pengaruh kuasa politik merupakan elemen yang dipunyai oleh kerajaan. Kuasa politik biasanya dipunyai oleh sesuatu parti atau kumpulan yang memerintah dalam sesebuah masyarakat atau negara. Melalui kuasa ini penggubalan undang-undang dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Kuasa politik yang tidak boleh digugat, dimana majoriti rakyat menyokong merupakan nadi penggerak yang utama dalam masyarakat. Kuasa pada wakil dan kedudukan sesorang itu memberi impak didalam proses pembentukan undang-undang baru dalam sesebuah negara itu. Dalam konteks Malaysia majoriti dua pertiga diperlukan di dalam Parlimen untuk meluluskan sesuatu Rang Undang-undang.

Keadaan politik sesebuah negara itu sebenarnya menentukan kedudukan sosial dan ekonomi sesuatu masyarakat itu. Keadaan politik yang buruk dan tidak stabil akan menjejaskan keadaan sosial dan ekonomi. Kemerosotan kedudukan politik sesebuah negara secara lansung juga menjejaskan kedudukan negara. Ini dapat dilihat selapas Piliharaya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Apabila kemerosotan pengaruh politik Barisan Nasional parti pemerintah menimbulkan hilang kewibawaan kepada kerajaan. Maka banyak tuntutan, sentimen perkauman dan undang-undang yang dimainkan oleh pihak parti pembangkang. Contohnya, masyarakat bukan Melayu telah mula mempersoalkan Perlembangaan negara. Isu-isu seperti Hak-hak istimewa orang Melayu, Ketuanan Melayu diperlekehkan, dasar-dasar seperti dasar Ekonomi Baru juga dipersoalkan dalam ucapan-ucapan dan pendedahan dalam media walaupun perkara ini merupakan ‘contract social’ yang telah dipersetujui oleh pemimipin yang lalu semasa menuntut kemerdekaan.

Keadaan sebaliknya akan berlaku apabila sesebuah negara itu mempunyai sistem politik yang stabil dan sistematik. Apabila wujud perpaduan antara rakyat, maka kegiatan sosial dan ekonomi dijalankan secara berkumpulan dengan rasa penuh semangat untuk sama-sama berusaha menegakkan kemajuan bersama.Dengan ini lahir sebuah negara yang aman dan maju.

KESIMPULAN

Kedua-dua Majlis Parlimen memainkan peranan yang penting dalam proses perundangan. Undang-undang dibuat melalui beberapa peringkat tertentu. Mengikut Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 66 , tanggungjawab Parlimen di dalam menjalankan kuasa perundangan adalah membuat undang-undang hendaklah dijalankan dengan rang undang-undang yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen ( atau, dalam hal yang tersebut dalam perkara 68, oleh Dewan Rakyat). Hanya negara yang berdaulat dan rakyat yang merdeka mempunyai kebebasan membuat undang-undang mengikut acuan dasar pemerintah yang mewakili penduduk tempatan.

Kajian tentang kuasa perundangan, keahlian badan perundangan, proses dan prosedur membuat undang-undang sekurang-kurangnya membawa dua faedah. Pertama ia akan memberikan kefahaman terhadap proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia dan menghargai peri pentingnya negera ini mempunyai kerajaan yang ikhlas dan sensitif terhadap rakyat yang memilihnya dan di wakilinya. Faedah kedua ialah mendalami maksud sebenar kemerdekaan. Dalam tempoh penjajahan undang-undang yang digubal berperanan sebagai alat untuk memellihara ketenteraman dan menyelesaikan pertelingkaan, namun para pejuang bangsa dan penuntut kemerdekaan tetap mahukan kuasa bernegara, iaitu agar kuasa untuk membuat dasar dan undang-undang diserahkan kepada rakyat tempatan.

Dalam pemerintahan demokrasi, kuasa menggubal undang-undang, struktur kerajaan dan kuasa pemerintahan berada di tangan rakyat. Dalam sistem ini, undang-undang digubal oleh rakyat, atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Penglibatan rakyat dalam proses perundangan sisitem demokrasi adalah penting kerana undang-undang adalah untuk kebaikan rakyat, berdasarkan kemahuan rakyat dan dibahaskan oleh wakil yang mewakili rakyat. Oleh itu, negera ini akan diperintah oleh kerajaan yang bertindak mengikut lunas undang-undang, bukannya kerajaan yang bertindak mengikut keinginan manusia atau keinginan pemerintah.Prinsip yang terkandung dalam peruntukan ini terpakai kepada semua kepimpinan kerajaan , kehakiman, badan perundangan dan badan eksekutif. Ia juga mengikat setiap orang termasuk Yang di-Pertuan agong, Raja-raja Melayu, Perdana Menteri, ahli Jemaah Menteri, para Menteri Besar dan sebagainya.

Pada asasnya , badan-badan perundangan di Malaysia yang ditubuhkan mengikut kehendak dan syarat-syarat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mempunyai struktur, syarat keahlian dan prosedur perundangan yang kemas dan teratur. Walau pun terdapat beberapa aspek badan-badan tersebut, terutamanya mengenai Dewan Negara dan had kebebasan istimewa bersuara dalam badan peundangan, barangkali pihak pemerintah mempunyai sebab-sebab munasabah bagi keadaan tersebut. Matlamat penubuhan badan-badan perundangan berdasarkan kosep demokrasi, federalism dan ketinggian perlembagaan hanya dapat direalisasikan jika ahli-ahli badan perundangan melaksanakan tanggungjawab mereka dan pihak berkuasa mematuhi prinsip keadilan, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Sumber Rujukan dan Bibliografi
Buku:

1. ILBS Lembaga Penyelidik Undang-Undang, Perlembagaan Malaysia (hingga 5 Mac 2008), Kuala Lumpur, International Law Book Sevices.
2. Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, 1992, Sistem Undang-Undang di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Wu Min Aun, 1985, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia, Kuala Lumpur, Heinemenn Education Books (Asia ) Ltd.
4. Hashim Yeop A. Sani . Dato, 1979 , Bagaimana Undang-undang kita Diperbuat, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Ranjit Singh Malhi, 1997, Pengajian Am: Kenegeraan Malaysia, Kuala Lumpur, Federal Publications.
6. K. Ramanathan Kalimuthu, 1987, Asas Sains Politik, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti. Sdn. Bhd.
7. Farid Suffian Shuaib et al , 2007, Sumber Undang-Undang Malaysia, Artikel Terpilih (Jld. 2), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka
8. Mohamed Suffian b. Hashim (Tun), 1984, Mengenai Perlembagaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Internet:
1. Laman Web parlimen Malaysia: http://www.parlimen.gov.my

Akhbar:
1. Utusan Malaysia
2. Berita Harian
3. The Star
4. New Strait Times

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

nota dalam format powerpoint, tekan SINI

Ahad, 1 Julai 2012

SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA

Penulis: Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid
Sistem Pemerintahan Malaysia

* Nota Peringatan ;
Dalam sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom, Perdana Menteri ialah ketua kerajaan, manakala Ketua Negara (Raja, Ratu, Presiden, atau Gabernor Jeneral [de facto]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat.
Malaysia = Perdana Menteri ialah KETUA KERAJAAN, manakala KETUA NEGARA ialah Yang Di-Pertuan Agong.

Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-
Badan Perundangan.
Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;
Badan Pemerintah.
Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;
Badan Kehakiman
Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.
Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan [legislative], pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary] yang dipraktikkan baik di peringkat pusat atau kerajaan negeri yang diamalkan selama ini berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telah mengukuh dan melicinkan lagi urusan pemerintahan-pentadbiran negara semenjak merdeka.

KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

Badan Perundangan

Badan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-undang persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan. Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh Raja-Raja Melayu.

Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budi bicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.

Dewan Negara

Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda “telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli”. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.
Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahliah Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.

Dewan Rakyat

Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri di Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).

BADAN PEMERINTAH (EKSEKUTIF)

Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-undang.
Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri

Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut:
a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri; dan
b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:-
• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan;
• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan;
• Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Badan Kehakiman

Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi Badan Kehakiman

Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

Pelantikan Hakim

Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sekarang

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja.
Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember 2011 untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.
Sultan Abdul Halim, 83, menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Senarai Kabinet Terkini (Jemaah Menteri)

Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
YB Senator Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy – Baharu

Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Pelancongan
Menteri: Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:

Menteri
Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;
Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.

Timbalan Menteri
Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;
Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan;
Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Wee Jeck Seng yang ditamatkan pelantikan.
Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Senator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti;
Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Selain daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran portfolio dalam Senarai Menteri Kabinet 2010 yang melibatkan tiga timbalan menteri iaitu:
Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;
Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan;
Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.


Ketua Hakim Negara

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 12 September ini, menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan.